Tidak dinafikan penggunaan Baja Kimia pada tanaman mampu memberi hasil tuaian yang lumayan kepada para petani. Tetapi, tahukah anda bahawa baja kimia akan memberi kesan negatif kepada tanah? Penggunaan baja kimia boleh menyebabkan struktur tanah menjadi kering dan gersang, mengurangkan kesuburan tanah, dan nutrisi semulajadi tanah akan hilang.
Oleh itu, kami memperkenalkan baja Bio-Organik untuk menggantikan baja kimia yang masih luas digunakan oleh para peladang dan patani. Baja Bio-Organik merupakan baja campuran yang mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada petani setanding baja kimia serta menjaga kesuburan tanah pada masa yang sama.
PERBEZAAN BAJA BIO-ORGANIK & BAJA KIMIA
Baja Bio-Organik | Baja Kimia | |
1 | Mengandungi 8 mikroorganisma dan enzim aktif (membantu menghasilkan nutrien). | Kurang mikroorganisma dan enzim aktif. |
2 | Nutrien seimbang membantu melawan virus dan penyakit. | Nutrien tidak seimbang. |
3 | Dihasilkan mengunakan bahan semulajadi yang berkualiti dan mesra alam. | Dihasilkan menggunakan bahan kimia yang menjejaskan alam sekitar. |
4 | Nutrien dapat dikekalkan walaupun pada musim hujan. | Nutrien mudah hilang dibawa air terutamanya apabila musim hujan. |
5 | Tanah lebih subur pada PH 6-7, mencegah penyakit dan serangan serangga. | Tanah menjadi berasid dan mudah diserang serangga dan penyakit. |
6 | Baja membekalkan nutrien sehingga 70-100 hari. | Baja hanya membekalkan nutrien sehingga 20-50 hari. |
7 | Menjimatkan kos dan meningkatkan kuantiti hasil tanaman. | Kos tinggi dan mengurangkan hasil tanaman dalam jangka masa panjang. |
8 | Bebas toksik, tidak mempengaruhi kesuburan dan struktur tanah. | Mengandungi toksik yang mempengaruhi kesuburan dan struktur tanah. |
9 | Meningkatkan warna, rasa dan kualiti tanaman. | Menjejaskan warna, rasa dan kualiti tanaman. |
Melalui kajian yang komprehensif, penggunaan baja bio-organik kini semakin mendapat sambutan para petani di Malaysia. Pihak kerajaan juga menggalakan petani menggunakan baja organik yang ternyata lebih murah daripada baja kimia serta kesannya yang positif terhadap tanaman, tanah dan alam sekitar.
P/s : Kenapa nak pilih baja kimia kalau ada baja yang lebih baik..Murah pulak tu.. =)